Setiap orang lain lain tau cara belajar. Ada orang suka tanya lecturer sampai rapat dan dikenali, tapi aku tak.Sebab yang pertama, aku selalu biasanya petang habis class agak rushing nak solat, makan sebagainya. Kedua, aku selalu tak sempat nak study. Nanti jadi taktahu apa nak tanya dan ingat semua dah tahu -_- Jadi biasanya aku akan tanya lecturer dalam class je terus waktu belajar atau tanya kawan sebab lagi selesa.
Berdasarkan pemerhatian, budak 4 flat selalu lecturer kenal tau. Apa apa persoalan mesti lecturer refer dan bincang dengan diorang, kita yang noob ni pulak taktau apape HAHAHA.
Study group? Terpulang. Aku memang sejenis suka study dekat bilik sorang sorang. Sebab nak absorb the knowledge tu kena slow slow fahamkan. Kalau ada kawan dia jadi sembang pulak hshhs. Cuma bagus study group ni bila ada soalan susah, boleh selesai sama sama. Tapi untuk kuasai whole subject, aku sarankan memang kena study sorang dan fahamkan.
Back to topic.
1) Kimia
Untuk subjek ni,
Serious talk video Madam sangat membantu aku, sangat mudah untuk difahami dan cover silibus matrik.
Organic chem pulak sebagai tambahan.
2. Past year questions
Kerja tuto dan exercise memang penting untuk A subject chemistry, Tak boleh baca je, kena tahu soalan dan jawapan yang patut diberi. Jadinya, memang kena banyak buat latihan. Jangan study last minute especially organic chemistry waktu sem 2, nanti menyesal. (Alhamdulillah takde periksa ahaha)
2) Fizik
Truthfully aku tak confident langsung dengan subject ni waktu sebulan nak exam sem 1. Everytime belajar aku macam tak faham langsung, pernah satu hari rasa nak nangis kenapa bongoknya dalam class kan. Aku pelik gak aku reti maths tapi fizik problem. Nampak je focus tapi tak faham haha. Madam nampak aku macam lemah jadi nama aku ada untuk ada class tambahan sebelum exam.
Aku bersyukur sebab boleh study dengan madam dan bila kali kedua belajar, jadi faham.
Aku dapat A, alhamdulillah. Nak tahu macam mana? Sebab channel ni.
Aku discover yang aku bukan tak suka atau lemah, aku cuma kena study lagi sekali baru faham.Around sebulan setengah sebelum exam, aku focus nak baiki physics jadinya aku marathon video yang cover semua chapter. Bukan tengok je tau, aku sediakan buku khas untuk nota yang aku dapat dari video, aku dengar dan catat. Aku akan stopkan untuk fahamkan. Lama lama aku jadi suka dan senang je sebenarnya. By the time study week, kau dah habis dah review semua chapter tinggal buat soalan je, kan bagus tu!
Best?
- Ajar basic but important things to know. Kalau kau faham konsep, kau akan tahu cara apply. Cuma most lecturers tak emphasise these fundamental things, kau kena cari sendiri.
- Soalan menarik & dia explain setiap langkah dalam jawapan
- Quick review bila malas nak membaca, tengok je video
- Sangat sesuai untuk orang yang banyak kali diajar baru faham
2. Nota sendiri kena mantap
Madam aku selalu akan suruh salin nota untuk setiap chapter. Aku akan tulis kemas kemas, highlighter biar aku mudah rujuk bila buat latihan. Always tulis setiap apa madam cakap, yang dia remind. Benda yang takde dalam buku rujukan, buku diagram. Pastikan lengkap.
3) Biologi
1. Baca
Aku rasa ni tips semua orang tahu kot. Bio memang kena baca hahaha. Tapi satu benda aku selalu terlepas pandang iaitu FAHAM.
Aku pernah tanya budak top sekolah aku, dia kata kita tak payah hafal. Kita fahamkan automatic kita hafal. Terms penting ni memang kena ingat. Bio ni strict pada terms yang kita gunakan dalam exam. Senang nak dapat markah sebab biasanya goreng (kan?) tapi wajib terms betul.
To be honest, subject ni both sem aku dapat A-. Jadi aku tak mampu nak beri banyak tips :-( Apa yang aku buat adalah
- Jangan study last minute. Sebulan sebelum exam dah kena start cover semua chapter.
- Baca dan just tawakal yang kau akan ingat. HAHA.
2. Mind map
Aku start rasa kepentingan mind map waktu sem 2. Sem 2 ni chapters nya lagi challenging untuk otak aku yang lebih suka mengira dan tak suka details.
Madam banyak buat latihan essay dan mindmap dalam class, it helps a lot!
Kalau korang pandai bahagi masa, buatlah mind map. Depends, aku sejenis tak sempat sangat nak buat. Plus, aku suka baca lecture notes yang panjang panjang. Aku lebih faham cumanya takleh la waktu study week kau nak baca macam baru nak belajar.
Aku akan gunakan nota ringkas tapi padat yang aku dapat dari tele yang aku dah bagi dalam entry before ni. Carilah okay.
4) Maths
1. Practice, A LOT OF EXERCISES.
Very simple, kau kena buat latihan. Maths ni kau kena fahamkan waktu kau diajar, tak faham terus study sendiri, tanya orang, tengok youtube. Jangan tangguh nanti merana!
- Always siapkan tuto, latihan past year lect bagi
- Buat semua soalan past year
- Buat semua soalan negeri
- Lect notes kena padu
Lecture note ni antara benda paling penting untuk aku untuk maths. Sebab aku tak guna buku rujukan, sebab bagi aku lect notes dah cukup kalau kau focus dalam class.
Fokus. Catat semua nota tambahan untuk maths. Buat mind map dekat lect notes. Highlight dan guna pen merah.
Aku takleh guna orang lain punya, sebab ada yang kosong sebab tak cakna apa lect cakap. Dan sebab aku je tahu dekat mana aku tulis tips penting.
Another, bila buat latihan check langkah kita dan tandakan salah dengan pen merah dan betulkan. Tulis kenapa salah, apa patut buat etc. Even jumpa case sama, aku akan tetap tulis jugak kat tepi soalan tu biar lama lama ingat. Nanti kau nak study balik, memang membantu. Kau ulangkaji camne nak buat dan apa tak patut buat, kau akan ingat apa kau salah dan berapa step untuk selesaikan soalan sejenis begitu.
Aku tak selalu tengok youtube kalau maths ni sebab biasanya aku akan cuba fahamkan waktu aku belajar dalam class. Kalau tak, tanya kawan atau figure out waktu latihan. Cuma useful untuk orang lain dan sebenarnya banyak lagi channel yang membantu, setakat ni ini jelah aku jumpa.
--
Konklusi.
Study ni bukan semata hard, kena smart. Sebenarnya attitude sepanjang kita belajar tu yang membantu, orang yang berjaya ni dia cakna benda benda kecil. Dia tulis semua yang lecturer cakap sebab semua tu la yang akan keluar dalam exam nanti. Sebab kita semua selalu tengok result atau dia memang budak 'pandai' atau 'gifted'. Kita tak tengok dia stay class sampai pukul 6 siapkan homework, dia refer lecturer apa dia taktahu, dia focus dan tulis key point penting while others pulak termenung. Aku nampak benda ni dekat classmate aku yang dapat 4 flat. Inspirasi!
Attitude yang patut ada:
- Belajar tengok learning outcome (penting!!)
- Fokus dalam kuliah, class
- Adab dengan lecturer, ngantuk pun kena hormat. Jangan tidur. Jangan mengumpat.
- Jangan terikut kawan, kurangkan hiburan.
- Weekend gunakan untuk study
- Buat homework tu bukan study. Kena letak masa untuk study.
- Pergi je semua class tambahan yang lect buat dah nak exam (Class extra maths untuk specific chapters, Class kita buat latihan dan tanya kalau taktahu dsbg)
Last tip, yang aku buat adalah sebulan sebelum exam. Listkan semua chapter setiap subject, tanda yang lemah. Yang panjang dan lama kena baca dulu, yang lemah kena prioriti.
Apps Quality Time (untuk disiplin diri) & Calendar+ Schedule Planner (untuk schedule masa).
Apps Calendar tu serious important!!!! Kalau weekend dan malam weekdays, aku dah plan chapter apa kena belajar. Setiap satu jam, tukar subject lain. So bila nak exam, semua subject dah cover. Study week pun kena plan elok tau.
Jangan relax sudahla. Ada yang waktu study week lagi nak main main sebab stress hahaha. Itu je rasanya.
Panjang benor. All the best matrics students!!!
Budak 4 flat, atau pun tidak yang membaca ni. Mohon komen beri tips jugak ya! :)