Photo credit: Budak KMS (roger if this is yours)
4) Mathematics
Semester I
- Number System
- Equations, Inequalities and Absolute Values
- Sequence and Series
- Matrices and System of Linear Equations
- Functions and Graphs
- Polynomials
- Trigonometric Functions
- Limits and Continuity
- Differentiation
- Application of Differentiations
Semester II
- Integration
- First Order Differential Equations
- Numerical Methods
- Conics
- Vectors
- Data Description
- Permutations and Combinations
- Probability
- Random Variables
- Special Probability Distributions
Komen: Kalau physics aku suka, ni subject paling aku suka haha! cam biasa sem 1 lagi mudah dari sem 2 tapi tetap susah. Biasa la maths kan? :-) Subject ni nak A memang kena rajin la buat semua latihan madam bagi + soalan matrik lain. Practice tu penting tapi kena faham. Jangan ikut contoh jalan kerja tapi tak faham kenapa dia macamtu, macamni nanti susah nak apply dalam exam padahal soalan sama je dengan pernah buat. Thankfully, exam matrik ni tak berapa ada kbat, biasa direct je. Thats a pro and a con sebenarnya. Overall, best!
5) Kokurikulum
Ok subject ni paling leklah, paling penting takyah pakai baju kurung! :) Kita akan diberi tugas buat satu projek koko kelas. Kitorang buat dodgeball competition, serious syok hahaha sebab aku suka main :-) Jadi within that semester, kita akan diberi masa untuk lantik Majlis Tertinggi Projek Akhir Koku tu, siapa yang ketua bersiap sedia la handle anak buah. Kena buat kertas kerja, set tarikh, cari tempat dan barang sebagainya.
Waktu kelas koko jugak, depends on the lecturer, kita akan belajar macam balutan anduh, lawan badminton sekelas, buat jamuan akhir class. Oh ye, kita kena buat presentation pendidikan jasmani jugak. Make sure berlatih dan sedia betul sebab carry mark.
Bagi kemasukan pelajar IPT, merit akan dikira 10% koko dan 90% akademik untuk calon yang memohon UPU. Jadi, jangan belajar je, involve dalam aktiviti dalam kolej. Jadi JPP, ke PRD ke join pertandingan. Semua tu dapat markah, be active :)
If I'm not mistaken, jadi atlet KAKOM dan JPP tu pun dah dapat high marks dalam KOKO (or full?) Aku minat sukan tapi aku pemalas training, jadi macamtulah. em.
6) English
Semester I
Biasanya sem 1 kita akan focus pada Malaysian University English Test (MUET). Yang bestnya matrik ni kolej yang uruskan untuk student dan exam akan buat di kolej. Aku tengok budak asasi kena ambik dekat pusat lain, kesian. hehe.
MUET tu apa? Ujian Bahasa Inggeris yang akan melayakkan kita dapat tempat dalam universiti. Bagi yang nak dapat course persaingan tinggi macam Medicine, Law etc di university. Pastikan dapat Band 4 ke atas, band 4 tu kira atas pagar jugak sebenarnya.
MUET:
- 800/1 - Listening
- 800/2 - Speaking
- 800/3 - Reading Comprehension
- 800/4 - Writing
Keputusan MUET ni dari Band 1-6. Tak silap, kalau nak secure place dalam UPU kena dapatkan at least Band 3 ke atas.
Jadinya, kita akan belajar dalam class, prepare untuk exam. Kalau class aku dapat madam relax so belajar pun relax relax jelah. Tapi jangan tak focus pulak sebab MUET ni sangat penting untuk UPU.
Komen: MUET tak susah, tak senang. Listening tu boleh ja insyaAllah, doa lah dapat tempat yang okay untuk kau dengar dan menjawab dengan baik. Speaking bagi aku okay, kena practice selalu. Observer aku muka dia tak garang so aku pun relax jelah. Kau cakap jelah merepek pun, dia nak tengok confident kau jugak. Reading ni soalan dia menguji jugak sampai tepu otak kau. Kalau kau memang jenis agak lemah bi, practice a lot ok? Writing ni yang aku terciduk waktu jawab tu, soalan dia memang kawkaw punya hahahhaha. ' How to widen the gap between the generation' ha lupa dah. Tu markah aku rendah kat situ, sedih banget. Ikut luck dan preparation sebab aku tengok kawan ambik muet express, tajuk dia tak susah sangat. Banyakkan tahu general knowledge baru boleh goreng :-)
Semester II
Semester 2 lagi relax sebab takde buat apa sangat.
Hanya projek komuniti class, personal statement dan video resume.
Projek class ni ada yang bagi makanan free, something to contribute to the society kiranya. Macam class aku, explore race between class madam ajar. Plus wearing costumes, we chose horror team. It was fun!!!! Yang lain tu ikut ja apa madam ajar dan buat elok elok.
Akhir akhir tu main jelah, explore race, werewolf kadang makan kat cafe aherher. Best :)
For both semester, result kita akan terpapar dalam slip. Untuk subject sampingan macam Pengajian Am, English takkan dikira dalam pointer tapi result mesti nak lawa kan? Ha make sure dapat A lah.
P/S: Maaf ya kalau ada aku tertinggal. Ni memang guna 90% ingatan yang dah lama tak gunakan sejak PKP ni, 10% research. Takpe, nak tahu kena masuk matrik. Dah masuk, kena rasa dan tunggu. #tiberjela

0 comments