MAISYARA ZULKIFLI
  • Home
  • Follow
  • What's good?
    • BABBLEZ
    • TIPS&EXP
      • MATRIK I
      • MATRIK II
    • REVIEWS

 


Assalamualaikum peeps!

Untuk pelajar lepasan SPM yang berminat atau akan masuk matrikulasi, mesti korang tertanya kan exam dekat matrik macam mana? Lain ke dengan asasi?

Ok InsyaAllah saya akan explain satu satu. 

1) Untuk SDS (Sistem Dua Semester):

40% - Carry Marks (30% Ujian Praktikal, 10% Quiz/Lain-lain)
60% - PSPM 

2) Untuk SES (Sistem Empat Semester):

60% - Carry Marks
40% - PSPM

Untuk SES, sistem ni untuk tahun pertama sahaja. Tahun kedua, automatik ikut sistem SDS. 
Result SDS ni yang penting untuk korang masuk uni nanti.

Carry Marks: Assignment bagi setiap subjek. Sama ada folio, quiz, presentation, video. By group atau individu. 

Ujian Praktikal: Experiment dan lab report. Pelajar akan dinilai oleh lecturer matrik dan akan diberi markah.

Biasa budak SES ni akhir tahun selalu nampak busy buat macam Bahan Bantu Mengajar, roller coaster lah apa lah. Peratus besar markah diorang kat situ.


(!!) Matrikulasi TIADA peperiksaan pertengahan tahun tau. Dulu je ada.

PSPM biasanya kita jawab dalam Bahasa Inggeris. Sebab kita belajar pun dalam bahasa Inggeris cuma jangan risau, Arahan dwibahasa. Kalau korang risau yang korang dari sekolah belajar dalam bm, takpe. Ramai je macamtu. Boleh start tengok video SPM dalam English biar kita biasa. Sebenarnya lama lama kita akan okay je, ia bukan sesuatu isu besar. Just keep going :)

Peperiksaan biasanya dijalankan dalam masa dua minggu. Biasanya yang ambik modul 1 ni kena struggle sebab ada subject takde gap hari, haha tapi aku survive je. InsyaAllah korang okay je!

Study week seminggu sebelum exam, memang takde class. Nak duduk bilik, nak pergi class madam ke apa. Boleh jaa, kena pandai susun masa tu. Waktu study week ni la biasa lampu bukak 24 jam, orang ramai turun riadah. Aku pulak duduk bilik je selalu haha.

Pointer?

Pada aku, kalau kita buat apa madam suruh, belajar elok elok, mudah nak reach 3.00-3.5.

Kalau struggle lebih, tak mustahil boleh dapat result bagus. 3.6 ke atas! Alhamdulillah both sem aku capai tu. Setahun tu sangat sekejap jadi memang korang jangan main main, yang SES sem 3 pun ada tau dapat result 2.50+ padahal dah belajar silibus sikit.  Jadi ingat ni, memang kena focus je belajar.

Result bagus nak jadi lecturer, nak fly, boleh apply Biasiswa bawah Matrikulasi. Dengan syarat, lepas belajar kena jadi lecturer di matrikulasi. Result tinggi, MUET band 4 at least. Nanti result sem 1 keluar, akan ada tawaran dibuka. Korang alert lah ok? 

Itu saja. Ada pertanyaan, komen ja ok. All the best !












Newer Posts Older Posts Home

ABOUT ME

ABOUT ME
Maisyara Zulkifli, 19, Bsc (Hons) Psychology in UKM. Clinical Psychologist to-be insyaAllah :)

MORE OF ME

To think of words to say is a lot of hard work. Often what I say come out as too honest, too straight forward and get misunderstood by lots. I choose to write instead. Enjoy x

Followers

WHAT'S GOOD?

MATRIK! TIPS&EXPERIENCE

POPULAR POSTS

Blog Archive

  • October 2020 (1)
  • August 2020 (1)
  • July 2020 (1)
  • June 2020 (3)
  • December 2019 (1)
Powered by Blogger.

Contact Form

Name

Email *

Message *

Total Pageviews

Featured Post

Matrikulasi: Exam macam mana? [PSPM]

Search This Blog

Designed By OTH to MZ | Distributed By BT