Secara tiba tiba je aku nak start blogging dan nak cerita pasal matrik walaupun aku sebenarnya tak habis matrik lagi. Sekarang tengah cuti mid sem dua minggu. Jangan tanya pasal hw yang banyak tapi aku tak sentuh satu pun. Cadangannya nak keep this entry formal dan matang tapi macam tak je. Ah tak kisahlah. Dah lama dah aku tinggal dunia blogging ni, nak edit html pun jam kejap kepala aku tadi. Aku cuma terfikir je tiba tiba, tahun 2019 dah nak habis. Nak buat benda baru cari hobby baru. ceh. So here I am!
Aku sebenarnya sebelum matrik banyak cari pasal matrik, terjumpalah banyak blog pasal nak survive matrik cemana. tips 4 flat ceh nak dapat result bagus la kiranya. Tapi tercyduk gak waktu PSPM 1 lol. K tak, tujuan aku sebenarnya nak cerita pasal dunia matrik zaman sekarang. Most of the article banyak yang dah lama dan sekarang semua dah tak guna blog dah jadi mungkinlah, suasana matrik lain sikit dari dulu. Jadi aku cerita 100% berdasarkan pengalaman aku dekat KMS. Kolej Matrikulasi Selangor. Kalau matrik lain mungkin lain sikit lah, ok? Moga bermanfaat!
Btw, aku pelajar KMS 2019/2020.
Aku taktahu nak mula dari mana sebenarnya. Nak cerita apa ni geng? HAHAHA.
1. BUILD CONNECTION
Actually benda yang aku belajar lepas masuk matrik, betapa pentingnya untuk kau keluar dari comfort zone. Jadi diri yang baru, kenal ramai orang yang berbeza latar belakang. Aku bukan budak yang pandai buat kawan or extrovert ke apa. Nak cakap jawatan aku besar pun tak jugak tapi kalau mindset kau memang datang matrik ni bukan nak belajar je, nak cari pengalaman. Kau akan achieve je semua tu. Sebenarnya ikut orang, ada orang dia hanya nak belajar je datang mana mana tempat. Kalau aku, aku jenis sentiasa nak improve diri, soft skill, pengalaman etc. So aku memang akan usaha ke arah tu.
- Jadi ahli JPP/PRD/Sahabat As-sufi (Pusat Islam)/etc
- Join program/lawatan
- Join projek akhir koko
Bila kau ada jawatan or join program, lagi senang nak kenal ramai orang. Bila kenal ramai orang, connection kau lagi besar. Kau nak mintak tolong ke apa, senang. Bukan setakat bila dekat matrik je entah entah keluar nanti ke. Yang penting kenal orang baru banyak kau belajar. Aku banyak kawan dengan senior so aku kenal ramai orang jugaklah.
Lagi satu yang bestnya dekat matrik, korang boleh ada kawan Chinese or Indian. Best! Korang tanya lah banyak pasal culture, agama or bahasa diorang. Serious best, it really widens your view :) Shout out to Usha, Zhi Yi, Andrew and Yisen (my classmates! They help me a lot with studies T_T)
Sebagai As-Saf, aku nak suggest korang join usrah or any program pusat Islam kat tempat korang buat. Tak rugi serious. Bila ada peluang tuntut ilmu, terus pergi sebab peluang ni datang sekali je. Muda muda ni lah kita penuhi masa dengan ilmu ;) Busy busy mana pun matrik, untuk Tuhan mesti ada je masa. Baru berkat masa, baru senang kita nak belajar nanti. Bebel pulak dah.
2. 100% BELAJAR, NO DISTRACTION
Aku bukan nak cakap apa lah tak kisah lah korang SES (Sistem Empat Semester) atau SDS (Sistem Dua Semester), belajar kita kasi 100%. Sebab tu memang tanggungjawab kita. Aku sebenarnya sedih jugaklah bila kebanyakan yang dapat 4 flat tu dari kaum Cina dan India. Even diorang takdelah ramai sangat dalam matrik tapi mana melayu Islam yang ramai ramai dalam matrik? Tak ramai dapat 4 flat. Sedih aku. Its not about race tapi sebab Islam tu. Kalau betul Islam, kita mesti buat semua benda boek punya kan? Aku mengaku aku among yang tak dapat 4 flat waktu PSPM 1. Broken gak aku HAHHAA. Cuma tulah, nasihat aku jangan couple, jangan main main. Be mature enough to know your commitment. Commitment dengan Tuhan, ibu bapa, adik beradik, kawan kawan. Kalau kita rasa having a partner right now boleh bagi benefit, buatlah. Semua boleh fikir sendiri en en. ehek.
3. SELF-DISCIPLINED
Ni penting sangat. Sebab kadang kita mudah terikut kawan. Kawan nak main main waktu belajar, kita pun terikut main. Matrik ni setahun je, kalau tak buat leklok. Menyesal srs. Satu semester pun kejap je, kalau kau study lewat lewat. Terciduk cam aqoe! K tapi serious. Aku yang takdelah main main pun waktu sem 1 dapat result huehuheuhue. apatah lagi yang main main.
It will be hard for someone yang tak pernah masuk asrama. Aku sebab memang budak asrama so masuk matrik aku okay je. Sekolah aku lagi pack dari matrik to be honest tapi sebab kenapa macam still rasa busy even subject hanya 4+ sebab phone and memang pack. Ehe. Tapi okay je cuma kalau boleh adapt faster sebab belajar memang laju. Kena pandai cari masa kalau kita jenis lambat tangkap.
Make a proper schedule, focus belajar dalam kelas, taktahu tanya kawan or lect, kurangkan tidur dan study awal. Last, jaga solat.
4. FIND GOOD COMPANIES
Matrik ni serious best. Kalau dulu aku baca entry orang cakap matrik ni best. Serious bagi aku memang betul diorang cakap memang best. Masuk matrik cari lah kawan baik baik. Pilih yang ingatkan kita pasal solat, pasal belajar. Yang bukan main main je bila belajar. Aku sebab alhamdulillah aku module 1 dan classmate aku semua memang kalau group work buat leklok bagi kerjasama, hw pun buat. Kalau belajar tu memang belajar. Aku ada banyak jugak dengar cerita dari kawan kawan aku tapi alhamdulillah classmate aku okay, kawan kawan aku semua baik huhu.
Make memories okay, bila kat u nanti maybe kita tak jumpa kawan dah. Kenalan je jumpa hm.
5. CULTURE SHOCK?
Matrik ni okay lagi tbh. Sebab bagi aku, aku boleh adapt. Sama ja perangai budak selangor ha camtulah. Tapi mungkin ada certain orang alami benda ni. Cuma bersedia je ok? Even aku dulu budak sekolah agama tapi aku okay je alhamdulillah, takdenya terus pakai skirt ke apa haha tapi waktu satu program dengan alumni haritu. Dia pesan, jaga diri leklok bila nak masuk uni. Benda tu ada je jadi. Tapi cuma satu jelah aku nasihat, biasanya yang kena benda ni budak sekolah agama lelagi yang sekolah satu gender je. Jaga diri dan pendirian kena tetap. Jangan ikutkan perasaan sangat.
Ok itu je kot. Aku akan edit balik and update kalau aku ada idea lagi. Next, aku akan buat entry khas for setiap subject cemana nak score. So yeah, moga bermanfaat geng!
Photo credit: Budak KMS

0 comments